Mana tulisan
jawi??
Salam sejahtera kepada semua,ingin
saya berkongsi lagi,kali ini permasalahan orang melayu terhadap tulisan
Jawi.Permulaan untuk membaca Al-Quran adalah pada pemahaman atau perkenalan huruf
hijaiyah.Huruf hijaiyah itu adalah huruf-huruf didalam pengunaan penulisan
Jawi,tetapi jika huruf Jawi ramai yang tidak kenal dan memahami,mana mungkin
bacaan Al-Quran dapat dibaca dengan begitu baik dan fasih.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
mengisytiharkan tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran wajib kepada pelajar
sekolah menengah. Realiti yang berlaku kepada kenyataan ini merupakan ancaman
terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan,terutama bangsa Melayu Islam.
Jika penulisan Jawi tidak lagi dihiraukan,barangkali
tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang
menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat Sekolah Rendah Agama
(SRA), kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Kesannya ilmu Tajwid
hanya dikuasai oleh generasi-generasi qurani yang tergolong daripada lapisan
hafiz dan hafizah sahaja, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Quran
merupakan tuntutan Islam dengan menjadi hukum fardhu ain buat seluruh umat
Islam.
Dalam keresahan meninjau hayat Jawi
di Tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya
pengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak
memadai untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan
ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas.
Benar, seni khat berjaya
memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun atau mengikut kaedah
dan seni. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi
mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya
apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri.
.jpg)




