MuSiCc

Selasa, 30 April 2013

Pakaian Purdah di dalam islam




 


Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita islam,merupakan masalah khilafiyah didalam pendapat dan pertiakaian tentang niqab/purdah pada masa kini, berlakulah khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita islam,kerana dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim :

Firman Allah S.W.T : Didalam surah An-nur ayat 31 dan maksudnya:

(Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya).

Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:“Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas , celak dan inai.

Dalam ayat yang sama, ibnu kathir dari mazhab Syafie menyatakan: “Berkemungkinan  Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yang masyhur menurut jumhur ulama.

Oleh itu,terpulanglah kepada wanita hari ini untuk memilih pandangan-pandangan masing kerana tiada nas dan dalil yang qatii’ yang menerangkan tentang permasalahan memakai purdah.Justeru itu,tidak wajar untuk seseorang berkeras dan memandang hina apabila melihat seorang muslimah berpegang dengan mana-mana pendapat yang lebih rajih di dalam isu pemakaian purdah ini.

Tiada ulasan: