MuSiCc

Rabu, 8 Mei 2013

Janji Allah itu benar (Kahwin muda)


Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.Dan yang telah mempunyai pekerjaan tetapi merasakan tidak mencukupi dari segi ekonomi dan sebagaimya.Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya.Dalam fikiran mereka,“apakah gaji ini cukup untuk menyara kehidupan berkeluarga nanti?”.

Soalan-soalan begini membuatkan mereka ragu untuk melangkah ke jinjang perkahwinan kerana alasan ekonomi yang tidak kukuh. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang ingin melakukan ibadah perkahwinan.Allah Maha Adil,apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat masyarakat pada masakini, banyak mereka yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai apa-apa sebelum berkahwin, akan tetapi Allah memberikan rezeki yang berlimpah dan mencukupi selepas perkahwinan itu.

Ingin saya sampaikan khabar gembira berupa janji daripada Allah S.W.T kepada orang yang hendak berkahwin,jangan risau atau takut untuk menunaikan suatu ibadah yang paling besar disisa Allah S.W.T iaitu menunaikan perkahwinan yang sah,kerana janji Allah itu pasti :

Firman Allah S.W.T : “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina’.(Al -Mu’min : 60)

Firman Allah S.W.T lagi di dalam surah Asy-syarh : “Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Asy-syarh : 5 – 6)

Ini semua janji dari Allah kepada hambanya yang tercinta,tidak perlu lagi kita ragu atau merasakan takut untuk melakukan ibadah perkahwinan ini.Walaupun Allah tidak/belum mengabulkan doa kita,sesungguhnya ada hikmah dan tanda kasih sayang Allah yang lebih besar untuk hambanya.

Tiada ulasan: