Segala
rezeki datang dari Allah S.W.T
Ingin
berkongsi serba sedikit kisah daripada Nabi Zakaria as dengan Maryam as tentang
pemberian rezeki yang tidak terhitung daripada Allah S.W.T,yang mengisahkan
kehidupan Maryam as yang hanya hidup menyindiri dimihrab dan mendapat rezeki
daripada Allah S.W.T.
Maryam
as hidup menyindiri di dalam biliknya hanya untuk beribadah kepada Allah
S.W.T.Beliau tidak pernah keluar bilik tersebut dan tidak seorang pun yang
masuk menemuinya kecuali Nabi Zakaria As,iaitu orang yang memeliharanya.Nabi
Zakaria As menemuinya dan sentiasa membawakan makanan dan minuman.Namun setiap
kali Nabi Zakaria masuk ke bilik Maryam,dirinya dikejutkan dengan adanya
berbagai macam buah-buahan dan minuman.
Kemudian
Nabi Zakaria As merasa hairan dan bertanya kepada Maryam as : “ Dari mana kamu
mendapat rezeki ini?”,maka Marayam as menjawab : “Sesungguhnya rezeki ini datang
dari sisi Allah yang memberikan rezeki kepada siapa yang dikehendakinya dan dialah
sebaik-baik pemberi rezeki”.al-imran : 37
Maka
berlakunya kejadian ini setiap hari di kala pulangnya Nabi Zakaria dengan
membawa makanan dan minuman kepada Maryam as,akan tetapi makanan sentiasa
terhidang di dalam bilik Maryam as.Berasa hairan lagi Nabi Zakaria dan
bertanyakan lagi soalan yang sama kepada Maryam as maka jawapan yang sama
diberikan kepada Nabi Zakaria As : “ Sesungguhnya rezeki ini datang dari
sisi Allah yang memberikan rezeki kepada siapa yang dikehendakinya dan dialah
sebaik-baik pemberi rezeki”.al-imran : 37.
Pengajaran
yang boleh kita ambil disini dengan sentiasa mengharapkan pertolongan dari
Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,dan sentiasa beribadah kepada Allah
dengan sebenar-benar keikhlasan dan kesungguhan.Moga-moga kita mendapat
pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan