MuSiCc

Jumaat, 17 Mei 2013

Tulisan jawi inspirasi sanubari


Mana tulisan jawi??

Salam sejahtera kepada semua,ingin saya berkongsi lagi,kali ini permasalahan orang melayu terhadap tulisan Jawi.Permulaan untuk membaca Al-Quran adalah pada pemahaman atau perkenalan huruf hijaiyah.Huruf hijaiyah itu adalah huruf-huruf didalam pengunaan penulisan Jawi,tetapi jika huruf Jawi ramai yang tidak kenal dan memahami,mana mungkin bacaan Al-Quran dapat dibaca dengan begitu baik dan fasih.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengisytiharkan tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran wajib kepada pelajar sekolah menengah. Realiti yang berlaku kepada kenyataan ini merupakan ancaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan,terutama bangsa Melayu Islam.

Jika penulisan Jawi tidak lagi dihiraukan,barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat Sekolah Rendah Agama (SRA), kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Kesannya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi qurani yang tergolong daripada lapisan hafiz dan hafizah sahaja, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Quran merupakan tuntutan Islam dengan menjadi hukum fardhu ain buat seluruh umat Islam.

Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di Tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya pengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas.

Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun atau mengikut kaedah dan seni. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri.

Tiada ulasan: